Sunday, 18 November 2012

Fall In Love In A Dream

Fall in love in a dream itulah tajuk cerita aku. Ia bermaksud jatuh cinta dalam mimpi. Apa yang ingin aku ceritakan ialah tentang mimpi yang aku alami. Bukan ape, mimpi yang aku alami ini membawa maksud yang mendalam bagi aku. Maybe korang ingat aku ni terlalu obses dengan mimpi sampai cerita kat blog. Kalau tak mahu bace takpe, IDC. Sebelum aku mulakan cerita pasal mimpi aku. Aku ingin bercakap tentang CINTA. Apa itu cinta ? Perlu ke kita bercinta ?. Bercakap mengenai cinta, aku cuma bercinta hanya sekali sahaja. Ketika aku berumur 18, aku bercinta Juliana. Sebelum ni dia ada cakap dengan aku yang dia hanya mencintai aku kerana Allah. Aku balas apa yang dia cakap dengan aku. Tapi aku tahu, apa yang aku cakap ini hanya dari mulut bukan dari hati. Akhirnya cinta kami putus dipertengahan jalan. Selepas itu, fikiran aku jadi tak keruan , jiwa rasa kekosongan. Betul lah kata orang jika kita mencintai seseorang tapi bukan cinta kerana Allah, cinta itu tidak akan kekal. Tapi selepas itu aku "move along move along like I know you too"  . Balik kepada mimpi yang aku alami, mulanya dari rumah aku. Ada seorang perempuan duduk berdekatan dengan rumah aku (tiba2 jer muncal perempuan ni). Aku tak kenal dia, tapi muka ada la mirip seseorang yang aku kenal kat dunia yang nyata ni. Dalam mimpi ni, aku otw pi bank konon nak keluarkan duit (tapi tak pun =.=") . Terjumpa lah dengan perempuan yang duduk berdekatan rumah aku. Bila aku dah siap buat appointment kat bank. Nak jadi Gentleman la katekn, tunggu la kat kereta. Pasal mahu tumpangkan si dia. Bila dia keluar bank, dia nampak aku pastu terus pergi kat aku. Dia tanya "Kenapa tunggu kat sini lagi?". Aku jawab "Nak tumpangkan orang lah" . Dia menjawab "siapa?". Aku berkata "awak la". Dia senyum dan setuju untuk menaiki kereta bersama aku. Aku pun cilok kt tempat lain, jalan2 sekitar bandar Kota Tinggi. Setelah meletakkan kereta, Kami berjalan kaki di tepi sungai. Sepanjang berjalan kami kelihatan mesra (bob mesra gitu). Aku pun bertanya kepada dia "siapa nama awak?" dia membalas "nama saya Ira, panggil je ra" . Aku pelik bila dia suruh panggil "ra". Aku pandang muka dia, dia balas renungan aku dengan senyuman. Senyuman dia membuat aku jatuh cinta dalam mimpi. Aku sudah lama tidak bercinta, tapi muncul si dia dalam mimpi membuat aku yakin untuk teruskan hidup bersama dia. Aku yakin yang Allah itu Maha-Mengasihani, dia tidak akan membiarkan hambanya hidup keseorangan. Setelah itu, aku terjaga dari tidur, ayah aku kejutkan aku untuk sembahyang subuh. Aku lihat jam 5.58am, baru aku semua itu hanya mimpi. Aku cuba untuk tidur balik untuk kembali mimpi berjumpa si dia. Tapi tidak boleh, aku mandi dan selepas itu tunaikan solat. Selepas selesai solat, aku berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa aku, dan dosa kedua ibubapa aku. Aku menangis semasa doa. Selesai doa, aku terus mengemas pakaian aku untuk pergi ke kolej pagi ni. Sepanjang perjalanan aku teringatkan mimpi tu. Aku tahu Allah S.W.T memilih jodoh yang terbaik untuk aku. Aku hanya akan menunggu kedatangan si dia...

No comments:

Post a Comment