Sunday, 18 November 2012
Fall In Love In A Dream
Fall in love in a dream itulah tajuk cerita aku. Ia bermaksud jatuh cinta dalam mimpi. Apa yang ingin aku ceritakan ialah tentang mimpi yang aku alami. Bukan ape, mimpi yang aku alami ini membawa maksud yang mendalam bagi aku. Maybe korang ingat aku ni terlalu obses dengan mimpi sampai cerita kat blog. Kalau tak mahu bace takpe, IDC. Sebelum aku mulakan cerita pasal mimpi aku. Aku ingin bercakap tentang CINTA. Apa itu cinta ? Perlu ke kita bercinta ?. Bercakap mengenai cinta, aku cuma bercinta hanya sekali sahaja. Ketika aku berumur 18, aku bercinta Juliana. Sebelum ni dia ada cakap dengan aku yang dia hanya mencintai aku kerana Allah. Aku balas apa yang dia cakap dengan aku. Tapi aku tahu, apa yang aku cakap ini hanya dari mulut bukan dari hati. Akhirnya cinta kami putus dipertengahan jalan. Selepas itu, fikiran aku jadi tak keruan , jiwa rasa kekosongan. Betul lah kata orang jika kita mencintai seseorang tapi bukan cinta kerana Allah, cinta itu tidak akan kekal. Tapi selepas itu aku "move along move along like I know you too" . Balik kepada mimpi yang aku alami, mulanya dari rumah aku. Ada seorang perempuan duduk berdekatan dengan rumah aku (tiba2 jer muncal perempuan ni). Aku tak kenal dia, tapi muka ada la mirip seseorang yang aku kenal kat dunia yang nyata ni. Dalam mimpi ni, aku otw pi bank konon nak keluarkan duit (tapi tak pun =.=") . Terjumpa lah dengan perempuan yang duduk berdekatan rumah aku. Bila aku dah siap buat appointment kat bank. Nak jadi Gentleman la katekn, tunggu la kat kereta. Pasal mahu tumpangkan si dia. Bila dia keluar bank, dia nampak aku pastu terus pergi kat aku. Dia tanya "Kenapa tunggu kat sini lagi?". Aku jawab "Nak tumpangkan orang lah" . Dia menjawab "siapa?". Aku berkata "awak la". Dia senyum dan setuju untuk menaiki kereta bersama aku. Aku pun cilok kt tempat lain, jalan2 sekitar bandar Kota Tinggi. Setelah meletakkan kereta, Kami berjalan kaki di tepi sungai. Sepanjang berjalan kami kelihatan mesra (bob mesra gitu). Aku pun bertanya kepada dia "siapa nama awak?" dia membalas "nama saya Ira, panggil je ra" . Aku pelik bila dia suruh panggil "ra". Aku pandang muka dia, dia balas renungan aku dengan senyuman. Senyuman dia membuat aku jatuh cinta dalam mimpi. Aku sudah lama tidak bercinta, tapi muncul si dia dalam mimpi membuat aku yakin untuk teruskan hidup bersama dia. Aku yakin yang Allah itu Maha-Mengasihani, dia tidak akan membiarkan hambanya hidup keseorangan. Setelah itu, aku terjaga dari tidur, ayah aku kejutkan aku untuk sembahyang subuh. Aku lihat jam 5.58am, baru aku semua itu hanya mimpi. Aku cuba untuk tidur balik untuk kembali mimpi berjumpa si dia. Tapi tidak boleh, aku mandi dan selepas itu tunaikan solat. Selepas selesai solat, aku berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa aku, dan dosa kedua ibubapa aku. Aku menangis semasa doa. Selesai doa, aku terus mengemas pakaian aku untuk pergi ke kolej pagi ni. Sepanjang perjalanan aku teringatkan mimpi tu. Aku tahu Allah S.W.T memilih jodoh yang terbaik untuk aku. Aku hanya akan menunggu kedatangan si dia...
Monday, 29 October 2012
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w.melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.
Tuesday, 4 September 2012
L.O.V.E
"L" is for the way you look at me.
"O" is for the only one I see
"V" is very very extraordinary
"E" is even more than anyone that you adore
Monday, 27 August 2012
Pengenalan Sistem Maklumat
DEFINISI SISTEM MAKLUMAT
Satu kombinasi terdiri daripada manusia,perkakasan, perisian,rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud,mengumpul,menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi
.
JENIS SISTEM MAKLUMAT
•Sistem
Sokongan Keputusan
•Sistem Maklumat Eksekutif
•Sistem Pakar Sistem
•Sistem Pengkomputeran Pengguna Akhir
•Sistem Maklumat Strategik
•Sistem Maklumat Perniagaan
•Sistem Maklumat Bersepadu
•Sistem Maklumat Pengetahuan
EVOLUSI SISTEM MAKLUMAT
•70-an Tekankan laporan dan
maklumat yang berkaitan untuk membantu pihak pengurusan. Maklumat diambil daripada pelbagai sumber berkaitan
•80-an
- Peranan sistem maklumat selaras perkembangan teknologi komputer , perisian rangkaian. Aplikasi teknologi maklumat dalam Aplikasi teknologi maklumat dalam pengurusan
•90-an
Muncul dimensi , di mana konsep sistem maklumat eksekutif . Fenomena ini dicetuskan oleh perkembangan bidang buatan (Arificial Intelligent AK) , sistem pakar (Expert Sistem ES) dan sistem pekerja pengetahuan (Knowledge Worker
System)
•Terkini - Sistem maklumat digunakan sebagai satu (tool) yang berkesan. Dengan itu, muncul maklumat strategik yang berperanan menyediakan organisasi dengan limpahan maklumat
Tuesday, 6 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)